berat 50kg
harga : RM1200
Wednesday, April 11, 2012
Sunday, January 8, 2012
penghayatan aqiqah
AQIQAH
Aqiqah ialah
menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah di atas bayi yang baru dilahirkan.
Aqiqah hukumnya sunat
muakkad.
Sabda Rasulullah SAW :
"Setiap anak menjadi gadaian
sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahiran, dicukur rambut dan
diberi nama"
Sebaik-baik
aqiqah ialah disembelih dua ekor kambing @ dua bahagian drp lembu/kerbau/unta
bagi bayi lelaki dan seekor kambing @ satu bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi
bayi perempuan.
Waktu yang
paling afdhal bagi aqiqah ialah hari ketujuh kelahiran bayi. Namun, ia boleh
dilakukan sehingga bayi tersebut mencapai umur baligh.
Daging aqiqah tidak wajib disedeqahkan kepada orang fakir
miskin, memadai dengan mengadakan jamuan/kenduri dengan menjemput orang ramai.
Syarat Sah Aqiqah
Syarat sah aqiqah
ialah:
(a) Berniat aqiqah
ketika menyembelih.
(b) Binatang ternakan
berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
(c) Memenuhi
syarat-syarat sembelihan.
(d) Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
(e) Disembelih pada
waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak
tersebut baligh
(f) Binatang yang
hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah
seperti berikut:
|
Binatang
|
Umur
|
|
Biri-biri/
|
1 tahun atau lebih
|
|
Kambing
|
2 tahun atau lebih
|
|
Lembu/kenbau
|
2 tahun atau lebih
|
|
Unta
|
5 tahun atau lebih
|
Sunat-sunat Aqiqah
ialah:
(b) Menyembelih ketika matahani sedang naik (pagi).
(c) Mencukur
rambut bayi selepas penyembelihan.
(d) Memberi
nama yang baik kepada bayi
(e) Berdoa
ketika hendak menyembelih.
(f) Daging
dimasak manis.
(g) Tidak mematahkan sendi tulang binatang
tersebut ketika dimasak.
(h) Daging aqiqah disunatkan buat jamuan
atau kenduri dengan menjemput seluruh penduuduk kampung
Hikmah Aqiqah
1 Tanda kesyukuran kepada Allah di atas
kurniaan zuriat.
2 Menggalakkan amalan sedekah.
3 Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
4 Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam
masyarakat.
5 Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak
dalam diri.
6 Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan
kebaiakan.
Hukum Ibadah Aqiqah
|
|
|
|
Apakah hukum
melakukan Ibadah Aqiqah dalam Islam ?
Jawapan
Hukum membuat 'kenduri'
bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :
Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak
lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki
dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada
fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.
1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
2.
Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau
pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka
bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
3.
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat
bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya
sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan
al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya
sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
4.
Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina
itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu
Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat,
adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu
memberi nafkah kepadanya.
5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.
Diriwayatkan
daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat
agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya
sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
Daripada
Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih
aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing.
(Riwayat Abu Dawud)
fatwa syarat -syarat haiwan qurban dan aqiqah malaysia
Published on Portal Rasmi Fatwa Malaysia (http://www.e-fatwa.gov.my)
Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya
Tarikh Keputusan:
14 Oct, 2011
Tarikh Mula Muzakarah:
13 Oct, 2011
Tarikh Akhir Muzakarah:
15 Oct, 2011
Oleh:
Muzakarah Kali Ke-96
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah
membincangkan mengenai Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import
Yang Tidak Diketahui Umurnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti
berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Qurban dan Aqiqah telah
disyariatkan dalam al-Quran dan Sunnah dan kedua-duanya merupakan
sembelihan sunat yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah s.w.t.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan
Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah
disepakati oleh para fuqaha’, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai
untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke
tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam
tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga
tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun.
Muzakarah juga menasihatkan para pengimport haiwan ternakan untuk
tujuan ibadah Qurban atau Aqiqah hendaklah berusaha bersungguh-sungguh
mempastikan haiwan import tersebut mencukupi syarat-syarat yang
ditetapkan kerana Qurban dan Aqiqah merupakan satu amal ibadah yang
bersifat ta’abbudiyyah yang perlu dilaksanakan secara sempurna.
Subscribe to:
Comments (Atom)

