Sunday, January 8, 2012

penghayatan aqiqah


AQIQAH

 Aqiqah ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas bayi yang baru dilahirkan.

 Aqiqah hukumnya sunat muakkad.
Sabda Rasulullah SAW :
"Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahiran, dicukur rambut dan diberi nama"

        Sebaik-baik aqiqah ialah disembelih dua ekor kambing @ dua bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi lelaki dan seekor kambing @ satu bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi perempuan.

        Waktu yang paling afdhal bagi aqiqah ialah hari ketujuh kelahiran bayi. Namun, ia boleh dilakukan sehingga bayi tersebut mencapai umur baligh.
Daging aqiqah tidak wajib disedeqahkan kepada orang fakir miskin, memadai dengan  mengadakan  jamuan/kenduri dengan menjemput orang ramai.

Syarat Sah Aqiqah

 Syarat sah aqiqah ialah:

(a)   Berniat aqiqah ketika menyembelih.
(b)   Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
(c)   Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
(d)   Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
(e)   Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
(f)   Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang

Umur
Biri-biri/

1 tahun atau lebih

Kambing

2 tahun atau lebih

Lembu/kenbau

2 tahun atau lebih

Unta

5 tahun atau lebih



 Sunat-sunat Aqiqah ialah:

(a)         Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran.
(b)         Menyembelih ketika matahani sedang naik (pagi).
(c)         Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan.
(d)         Memberi nama yang baik kepada bayi
(e)         Berdoa ketika hendak menyembelih.
(f)          Daging dimasak manis.
(g)         Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
(h)         Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri dengan menjemput seluruh penduuduk kampung


  Hikmah Aqiqah



   1      Tanda kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan zuriat.
   2     Menggalakkan amalan sedekah.
   3     Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
   4     Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
   5     Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
   6     Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan kebaiakan.

Hukum Ibadah Aqiqah


PDF Print E-mail
Soalan 31

Apakah hukum melakukan Ibadah Aqiqah dalam Islam ?

Jawapan

Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :
Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.
1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
4. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.
Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

fatwa syarat -syarat haiwan qurban dan aqiqah malaysia


Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya

Tarikh Keputusan: 
14 Oct, 2011
Tarikh Mula Muzakarah: 
13 Oct, 2011
Tarikh Akhir Muzakarah: 
15 Oct, 2011
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-96
Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Qurban dan Aqiqah telah disyariatkan dalam al-Quran dan Sunnah dan kedua-duanya merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah s.w.t.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun.
Muzakarah juga menasihatkan para pengimport haiwan ternakan untuk tujuan ibadah Qurban atau Aqiqah hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mempastikan haiwan import tersebut mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan kerana Qurban dan Aqiqah merupakan satu amal ibadah yang bersifat ta’abbudiyyah yang perlu dilaksanakan secara sempurna.
 

kambing kekah dan korban murah sedia untuk tempahan